Aktiviti Stem - Getaran Suara Dan Permainan Uji Minda

25 Ogos 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Ogos 2024, telah diadakan Pembelajaran yang bertajuk “Aktivii STEM –Getaran Suara dan Permainan Uji Minda” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Pada kali ini peserta melaksanakan aktiviti stem menggunakan 4 bahan iaitu mangkuk kaca, plastik, getah sayur dan bulu dawai. Peserta perlu meletakkan plastik pada mangkuk kaca dan memastikan plastik tersebut tegang pada permukaan atas mangkuk dengan menggunakan getah, kemudian bulu dawai tersebut dibentuk seperti spring. Kemudian peserta perlu menjerit berdekatan dengan mangkuk tersebut dan dapat menggerakkan bulu dawai tanpa menyentuh bulu dawai tersebut. Getaran suara boleh menyembabkan gelombang yang boleh menggerakkan sesuatu objek. Selain daripada itu, peserta juga bermain dengan permainan uji minda.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali